Bulan kau hadir pada malam-malam indah, walau tak setiap malamku indah, ku menanti, ku kan tersenyum bila kau mengambang. Senyumku sendirian. Terima kasih kerana sentiasa menyuluh diri ini, yang dahulu gelap gelita, ku rindukan bulan pada malam gelita, untuk menerangi malamku. Sinarmu, walau masih ada awan gelap menutupi bulan dari terang, ku tetap menunggu, walau tak setiap malamku indah selalu. Ku hargai walau dirimu seketika dan jika diberi kurnia, kan ku simpan cahayamu bulan. Ku simpan di suatu sudut di sini. Apa bentuk dan rupamu bukan lagi cerita, kerana ku tahu kau masih bulan yang sama. Kau masih bulanku, yang ku selalu rindu, walau sukar dicapai, di mataku kau jelas sentiasa. Bulan, kan ku jejak diri di dalammu, kerana kau terangi setiap perjalananku, kini ku berani melangkah, tanpa rasa ragu. Thank you sayang for this lovely poem.