Nov 23, 2010

BAYGON YOU'RE THE BEST!

Hari ini hari bersejarah!

Satu kejadian pembunuhan beramai2 telah berlaku malam td tanpa aku sedari. Suspek utama sudah pun dikenal pasti. Beliau sungguh bangga sekali mengaku beliaulah pembunuh terhebat alam fana ni! Aku ler tuuu.. Muahahahaha! Ok abes. Aish mende ko merepek ni labuuuu??

Seperti biasalah bila sampai musim ekjem ni aku mmg gemar bgn awal pagi. Study katanya... Maka nk kasik aku hilang ngantok aku pn mula la cari pape nk mengunyah. Terus teringat biskut Mcvities peberet mak sejak azali(sbb buat aku senang berak) kat dapur. Sekeluarnya aku dr bilik kelihatan bergelimpangan mayat2 lipas di sana sini. Pada mulanya aku mmg musykil sekali lantas berfikir hari ni hari apakah sampai semua lipas2 di bumi ni nk meninggal pula. Aku musykil sampai aku bertindak utk lari ke dapur, selamatkan biskut peberet guwe lalu berlari semula ke bilik lalu mengunci rapat pintu. 

Pikir punya pikir br aku teringat yg malam td before tidur aku ada g wat milo. Selalu aku mmg simpan segala stock makanan dlm kabinet. Tah tetiba malam td aku trkejut beruk bila aku bukak pintu kabinet ada Cik Li bertenggek kt pintu kabinet. Nasib baik beliau tak lompat kt muka aku! Mmg meninggal la agaknya kalau benda tu betul2 terjadi kann.. Haih!

Aku pn tanpa segan silu berlari ke bilik amek spray ala Ridsect tp buatan India lalu menyepray(eh?) ke muka Cik Li itu. Tak lupa juga aku spray segala perosok ruang dlm kabinet tu sebagai balasan beliau memeranjatkan aku tadi. Pastu aku pn berlalu ke bilik tanpa berfikir panjang. 

Mmg kebiasaan aku spray2 binatang buas yg suka mengganggu hidup aku kt cni. Tp xde la pulak aku trpikir smlm sampai aku buleh membunuh keturunan Cik Li sebegitu sekali. Grrrr.. Tak pe lah kan. Lg pn warga2 lipas ni kn mmg makhluk perosak. So aku xde la rasa bersalah sgt bila bunuh dorg. Hurm. Snanyer ada la jugak rasa kesian.

Baygon: Dalang di sebalik misteri

Jadi itulah citenya. Bukan aku pembunuh sebenar dalam kes ni. Si Baygon tu haaa yg bersalah. Tp aku sajes kt sesape yg tak gemar lipas tlg la kawal pergerakan dorg.(nk try Baygon ni pun buleh. Harum je bau semburannya) Heheh promosi kn uollsss.. Jgn sampai dia membiak bebas kt umah kte. Geli tau tak!

Ok abes.  Tu je lah nak ckp. Toodles~

Serba sedikit bahan bukti:











No comments:

Post a Comment